Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

SARJANA SAINS KESIHATAN (SAINS BIOPERUBATAN) – PENYELIDIKAN

postgraduate05

PENGENALAN

Program Sarjana  (Sains Bioperubatan) Mod Penyelidikan menyokong aspirasi negara untuk menghasil lebih ramai penyelidik muda yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran termaju dalam penyelidikan dan inovasi, sesuai dengan permintaan industri sains kesihatan terkini. Program ini dirangka untuk memberi peluang kepada siswazah untuk meningkatkan kelayakan akademik, kemahiran dan tahap kompetensi masing‐masing dalam bidang bioperubatan. Program ini juga merupakan platform untuk calon meneruskan pengajian mereka di peringkat doktor falsafah.

SYARAT KEMASUKAN

  • Ijazah Sarjanamuda dalam bidang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.
  • Pemohon antarabangsa dikehendaki mencapai skor minimum 550 bagi TOEFL atau Tahap 6.0 bagi IELTS.

BIDANG PENYELIDIKAN

  • Aktiviti antikulat secara in vitro dan in vivo oleh hasilan semulajadi
  • Aktiviti antimikrob dan mekanisme tindakannya
  • Anatomi manusia
  • Bioaktif peptida dan polipeptida dari pokok dan haiwan
  • Bioinsektisidal
  • Biokimia agen antikanser, perlindung hepar, penyembuhan luka dan sasaran penyakit lain oleh produk semulajadi
  • Biosensor untuk tuberkulosis
  • Diagnosis patogen manusia
  • Diagnostik mikroskop elektron bagi penyakit berjangkit dan bioteroris
  • Ekologi dan dinamik populasi nyamuk
  • Elektrofisiologi dan neurosains penglihatan
  • Entomologi forensik
  • Epidemiologi unsur surih
  • Farmakodinamik agen antimikrob
  • Farmakologi
  • Fisiologi reproduktif
  • Fungsi kognitif dan tahap kesihatan pelajar sekolah
  • Hematologi
  • Intervensi suplemen mikronutrien
  • Kajian sitopatogenomik
  • Kawalan nyamuk dan lalat menggunakan insektisidal dan pestisidal
  • Kawalan penyakit bawaan vektor terutamanya denggi
  • Kejuruteraan tisu
  • Kerosakan dan baikpulih DNA
  • Kesan biologi hasilan semulajadi
  • Kesihatan umum dan komuniti
  • Kimia perubatan
  • Kosmetikseutikal
  • Mikrob endofit
  • Mikrobiologi persekitaran dan penyakit bawaan makanan
  • Neurosains matematik
  • Nosokomial infeksi, epidemiologi dan pengtaipan DNA
  • Novel antibiotik dan aktiviti anti-infektiviti dari hasilan semulajadi
  • Parasitologi dan entomologi perubatan
  • Patologi eksperimental dan molekul
  • Patologi radikal bebas dan antioksidan
  • Pemencilan dan identifikasi kulat endofit serta bahan bioaktif metabolit sekundernya
  • Pemindahan patogen enterik
  • Pengesanan dan penentuan kulat berasaskan DNA
  • Penilaian ketoksikan genetik sampel biobahan, produk semulajadi, makanan dan sumber alam sekitar berasaskan garispanduan OECD dan ISO
  • Penyakit bawaan air
  • Peranan vitamin dalam kesihatan manusia dan status penyakit
  • Persenyawaan in vitro
  • Perubatan tropikal
  • Pestisid dan fungsi peparu
  • Psikofizik manusia
  • Toksikologi biokimia dan toksikologi makanan
  • Toksikologi molekul dan mekanisme apoptosis