PUSAT KAJIAN DIAGNOSTIK, TERAPUTIK DAN PENYIASATAN (CODTIS)

PENGENALAN

PUSAT KAJIAN DIAGNOSTIK, TERAPUTIK DAN PENYIASATAN (CODTIS) secara rasmi telah ditubuhkan pada 1 Disember 2019. Ahlinya yang terdiri daripada pelbagai kepakaran; meliputi sains forensik, pengimejan diagnostik dan hinggalah eksperimental teraputik. Oleh kerana kehadiran pakar dari bidang yang luas, CODTIS berupaya menjadi pusat rujukan dan penyelidikan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang kerap kali memerlukan pakar pusat ini sebagai pakar rujuk. Antara organisasi yang terlibat ialah Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, UPM, Institusi Kanser Negara, Mount Miriam Cancer Hospital, Mobecomm Technologies Sdn Bhd, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia, Kidszania, Petrosains. Penyelidikan pusat ini tidak hanya menghasilkan ilmu pengetahuan malah berjaya menghasilkan pelbagai patent dan copyright yang telah dan akan digunakan oleh pihak industri. Pemencilan strain novel Streptomyces kebangsaanensis menghasilkan sebatian novel terbitan phenazine yang berpotensi tinggi sebagai agen antibiotik baru dan didaftarkan di bawah no fail paten UKM.IKB.800-4/1/1074. Kekuatan pusat ini tidak terbatas kepada penyelidikan dalam universiti, malah ahli-ahlinya turut menjalankan kolaborasi penyelidikan dengan Lembaga Koko Malaysia untuk mengisolasi bakteria Lactobacillus daripada fermentasi koko yg berpotensi sebagai bahan probiotik.  CODTIS juga terlibat dengan konsultasi bersama agensi-agensi antarabangsa seperti INTERPOL dan Japan International Cooperation Agency (JICA).

VISI CODTIS

Mengubah sains kesihatan melalui diagnostik, penyelidikan teraputik dan penyelidikan sains forensik 

MISI CODTIS

Menjadi pusat kecemerlangan dalam diagnostik, pengimejan, teraputik dan penyelidikan forensik dalam sains kesihatan

OBJEKTIF CODTIS

Untuk memajukan pengetahuan, amalan dan penyelidikan sains kesihatan yang berdasarkan  bukti untuk memupuk penyelidikan yang berimpak

BIDANG PENYELIDIKAN CODTIS

 

1. Pengimejan Diagnostik & Radioterapi 

a) Pengimejan Diagnostik 

  • Pengimejan Neuro
  • Pengimejan Payudara
  • Pengimejan Kardiak
  • Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

 

b) Radioterapi

  • Pengimejan dalam Radioterapi
  • Analisis Radioterapi dan Big Data
  • Penyelamatan dan pendidikan kanser

 

2. Penyakit Berjangkit

  • Antibiotik Novel & diagnostik
  • Mikrob patogen

 

3. Penyelidikan Teraputik 

  • Penyelidikan berasaskan makmal Lab-based research

 

4. Forensik dan Sains Gunaan 

  • Sains Forensik
  • Sains Forensik Gunaan

 

 


PENGURUSAN CODTIS

PROF.  MADYA DR. DAYANG FREDALINA BASRI
Pengerusi CODTIS
email: dayang@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 7652

 

DR. NOOR HAZFALINDA HAMZAH
Timbalan Pengerusi/ Penyelaras Siswazah
email: drnoorhazfalindacsi@ukm.edu.my
Telefon: +603-8921 7204

 

PUAN SURIANI ALI 
Setiausaha
email: suriani85@ukm.edu.my
Telefon: +603-

 

CIK NUR FAIZAH ABU BAKAR 
Pegawai Penyelidik
email: nurfaizah@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 7934

 

PUAN ROGAYAH ABU HASSAN @ MOHAMED  
Pegawai Sains
email:rogayah_ahm@ukm.edu.my
Telefon: +603-8921 7214

Abdul Khaliq Mohd Saparudin

ENCIK ABDUL KHALIQ SAPARUDIN
Pegawai Sains
email:abdulkhaliq.1410h@ukm.edu.my
Telefon: +603-92897131

 

Nor Adlina Izni Mohd. Noor

PUAN NOR ADLINA IZNI MOHD NOOR 
Penolong Pegawai Sains
email:adlinaizni@ukm.edu.my 
Telefon: +603-92897219

 

Zaily Mohamad

ENCIK ZAILY MOHAMAD
Pembantu Am Pejabat
email:zaily@ukm.edu.my 
Telefon: +603-8921 4833


Hubungi kami

Pusat Kajian Diagnostik, Teraputik dan Penyiasatan (CODTIS)
Aras G, Blok E,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur Campus,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur

Image result for phone icon +603-9289
+603-2698