PUSAT KAJIAN PENUAAN SIHAT & KESEJAHTERAAN [H-Care]

PENGENALAN

PUSAT KAJIAN PENUAAN SIHAT DAN KESEJAHTERAAN (H-CARE) telah ditubuhkan pada tahun 2012. Pada asalnya, H-CARE merupakan Pusat Kecemerlangan yang menghimpunkan barisan ahli penyelidik multidisiplin dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas penstrukturan baru, H-CARE telah disokong oleh barisan penyelidik di dalam bidang skop penyelidikan geriatrik/penuaan dan kesejahteraan untuk penuaan sihat dari Fakulti Sains Kesihatan. H-CARE mempunyai 17 barisan penyelidik dan didokong oleh 6 Kakitangan sokongan yang mempunyai visi dan misi terkehadapan dalam memastikan pencapaian hebat akan tercapai. Pencapaian gemilang H-CARE telah terbukti dengan beberapa kejayaan memperolehi geran LRGS yang berimpak tinggi iaitu LRGS TUA pada tahun 2012 dengan pembiayaan dana RM5.4 juta oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Kejayaan ini telah mewujudkan kolaborasi mantap dan unggul dalam kajian untuk memformulasi strategi global dalam menurunkan faktor risiko dementia. Antaranya adalah kerjasama bersama dengan International Research and Network on Dementia (IRNDP), Cohort Studies of Memory in an International Consortium (COSMIC) and World Health Organisation Committee on Dementia Risk Reduction. Kini kejayaan sekali lagi terukir pada tahun 2019 dengan kerjasama penyelidkan dengan Universiti Malaya, apabila HCARE telah memperolehi dana LRGS AGELESS TRIAL berjumlah RM1.4 juta untuk projek berkaitan “Cognitive Frailty”. Projek ini telah diiktiraf untuk berdaftar di bawah projek World Wide FINGERS . Selain itu, projek SLIM SHAPE, salah satu jenama HCARE yang sangat popular dan dikenali telah dibobatkan program paling popular untuk LA 21 Perbadanan Putrajaya. HCARE juga turut berjaya menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas(PAWE @ UKM) pertama dalam Univerisiti di Kolej Keris Mas, UKM Bangi yang telah diberikan dana penubuhan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tambahan lagi, kerjasama H-CARE bersama industri turut sama memaparkan transisi kolaborasi dengan penganugerahan geran penyelidikan bagi menghasilkan kajian yang berpotensi. Penyelidik HCARE juga telah mendapat 2 geran antarabangsa pada tahun 2020 iaitu dari World Health Oganization & The Newton-Ungku Omar Fund. Projek dan program translasi dalam bidang penuaan dan kesejahteraan ini membuktikan kredibiliti mantap barisan penyelidik HCARE yang begitu komited dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas seawal usia lagi. 

 

VISI H-CARE

Menjadi satu pusat kecemerlangan serantau dalam memperkasa dan melestari masyarakat kearah penuaan sihat dan kesejahteraan melalui penyelidikan multidisplin, translasi dan inovasi teknologi serta kerjasama pintar dengan pemegang taruh.

 

MISI H-CARE

  1. Penyelidikan multidisplin berfokus epidemiologi penuaan dan kesejahteraan.
  2. Penyelidikan translasi dalam bidang rehabilitasi penuaan dan kesejahteraan masyarakat.
  3. Memperkasa dan melestari gaya hidup sihat sepanjang hayat melalui kerjasama pintar bersama pemegang taruh.
  4. Inovasi produk, teknologi termaju serta perkhidmatan untuk peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan.

 

 

PENGURUSAN H-CARE

 

PROF MADYA DR. DEVINDER KAUR A/P AJIT SINGH
Pengerusi H-Care
email: devinder@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 7159/ 7162
Fax: +603-9289 7161

DR. ARIMI FITRI MAT LUDIN
Timbalan Pengerusi/ Penyelaras Siswazah
email: arimifitri@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 8043
Fax: +603-9289 7161

 

PUAN NORAHARFIEZA ALI
Setiausaha
email: harfieza@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 7162
Fax: +603-9289 7161

 

Mohd Zul Amin Kamaruddin

ENCIK MOHD ZUL AMIN KAMARUDDIN
Pegawai Penyelidik
email:m.zulamin@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 7162
Fax: +603-9289 7161

 

PUAN NOOR SHAHIDA SUKIMAN
Pegawai Sains
email:shahidas@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 8065
Fax: +603-9289 7161

 

Syazwani Mastor

PUAN SYAZWANI MASTOR
Penolong Pegawai Sains
email:syazwanimastor@ukm.edu.my
Telefon: +603-9289 8066
Fax: +603-9289 7161

 

Raazliza Rashid

ENCIK RAAZLIZA RASHID
Pembantu Operasi
email:rraazli@yahoo.com
Telefon: +603-9289 7162
Fax: +603-9289 7161


Hubungi kami:

Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care)
Aras G, Blok J,
Fakulti Sains Kesihatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur Campus,
Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur

Image result for phone icon +603-9289 7162
+603-9289 7161
Image result for email iconhcare@ukm.edu.my
Image result for fb icon H-Care