SARJANAMUDA AUDIOLOGI DENGAN KEPUJIAN

undergraduate10

Pengenalan

Program pengajian ini dijalankan dalam masa empat (4) tahun pengajian. Pelajar diajar beberapa subjek asas yang berkaitan pendengaran dan pertuturan semasa di Tahun 1 sementara tahun-tahun berikutnya, subjek-subjek khusus program akan diajar. Kursus ini juga dilengkapi dengan latihan klinikal intensif bermula dari Semester II Tahun 2 sehingga tahun akhir pengajian.

Objektif

Dengan adunan teori dan praktikal, program ini bertujuan untuk menghasilkan para graduan dalam bidang Audiologi yang kompeten untuk menangani masalah pendengaran yang dialami pesakit dari pelbagai peringkat umur. Para graduan juga diharapkan mempunyai etika profesionalisme yang tinggi dan berwawasan serta diharapkan mampu menjalankan penyelidikan asas yang berkualiti demi kemajuan bidang Audiologi di Malaysia.

Muat turun Buku Panduan Prasiswazah Program Audiologi di sini Audiologi Sesi 20192020