SARJANAMUDA FISIOTERAPI DENGAN KEPUJIAN

undergraduate12

Pengenalan

Program ini mengambil masa selama empat (4) tahun. Pelajar diperkenalkan dengan bidang fisioterapi sebagai salah satu profesional dalam sistem penjagaan kesihatan. Pelajar diberi pendedahan mengenai skop perkhidmatan Fisioterapi khususnya pengurusan pesakit di hospital serta institusi kesihatan lain yang turut merangkumi penilaian dan perawatan, perundingan, promosi kesihatan serta evidence-based practice.

Objektif

Melahirkan Ahli Fisioterapi yang efisien dan efektif serta memahami keperluan berkaitan dengan profesyen terutama dalam pengurusan pesakit. Pengetahuan mendalam di bidang Fisioterapi diharap dapat meningkatkan kualiti penilaian khususnya di dalam melakukan diagnosis Fisioterapi dan seterusnya kualiti perawatan pesakit melalui proses clinical reasoning yang mantap.

Muat turun brosur Fisioterapi DISINI.

Muat turun Buku Panduan Prasiswazah Program Fisioterapi di sini Fisioterapi Sesi 20192020