SARJANAMUDA OPTOMETRI DENGAN KEPUJIAN

undergraduate09

Pengenalan

Optometri adalah satu bidang pengajian Sains Penglihatan. Pengamal Optometri adalah seorang profesional yang dilatih khusus dalam penjagaan kesihatan mata dan penglihatan. Program Optometri memerlukan masa sekurang-kurangnya empat (4) tahun pengajian. Pelajar akan didedahkan kepada ilmu yang berkaitan dengan fungsi normal mata dan penglihatan serta masalah yang berkaitan. Pelajar dilatih menjalankan pemeriksaan mata dan penglihatan secara terperinci dan melakukan pendiagnosan, mempreskripsi alat bantuan penglihatan dan melaksanakan pemeriksaan khas lanjutan. Pelajar juga menjalani latihan amali di hospital kerajaan dan swasta, praktis optometri persendirian dan komersial juga di syarikat-syarikat yang berteraskan perkhidmatan optometri.

Objektif

Menghasilkan graduan yang cemerlang sehingga membolehkan mereka mendiagnos dan merawat gangguan-gangguan penglihatan. Optometris yang dihasilkan mampu memberikan penjagaan penglihatan secara optimum dan berkerjasama secara bersepadu dengan perkhidmatan kesihatan yang lain.

Muat turun brosur Optometri DISINI.

Muat turun Buku Panduan Prasiswazah Program Optometri di sini Optometri 20192020.