SARJANAMUDA PENGIMEJAN DIAGNOSTIK DAN RADIOTERAPI DENGAN KEPUJIAN

undergraduate05

Pengenalan

Program ini mengambil masa selama (4) tahun. Ia meliputi dua (2) displin iaitu Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi. Pengimejan Diagnostik adalah berkaitan dengan kaedah untuk memeriksa dan mengenalpasti struktur dan fungsi organ dalam tubuh manusia melalui penghasilan imej. Imej dihasilkan melalui penggunaan pelbagai modaliti seperti radiografi am, pengimejan tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnet (MRI), pengimejan ultrabunyi dan pengimejan radionuklid. Radioterapi pula berkaitan dengan rawatan penyakit terutamanya kanser, menggunakan sinaran mengion seperti sinar-X, sinar gama dan bim elektron. Radioterapi menggunakan pelbagai jenis peralatan seperti peralatan unit teleterapi kobalt-60 dan pemecut linear.

Objektif

Menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi yang dapat bertindak sebagai salah satu anggota pasukan kesihatan yang profesional dan beretika.

Muat turun brosur Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi DISINI.

Muat turun Buku Panduan Prasiswazah Program Pengimejan Diagnostik & Radioterapi di sini Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi Sesi 20192020