SARJANAMUDA SAINS BIOPERUBATAN DENGAN KEPUJIAN

Bachelor of Biomedical Science with Honours

Pengenalan

Program pengajian ini dijalankan dalam masa empat (4) tahun pengajian. Ia merupakan bidang berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan individu sehingga membolehkannya berfungsi sebagai salah satu anggota pasukan yang turut terdiri daripada doktor perubatan dan teknologis yang bekerjasama untuk menghasilkan keputusan yang diperlukan untuk menilai sesuatu penyakit dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Selain mahir menggunakan peralatan makmal perubatan, seorang graduan Sains Bioperubatan juga boleh mengurus makmal diagnostik, perniagaan dan perindustrian.

Objektif

Untuk menghasilkan graduan yang mempunyai asas dan pengalaman yang baik dalam bidang Sains Bioperubatan sehingga membolehkan mereka untuk melakukan kerja saintifik dan penyelidikan dalam bidang kajian penyakit manusia dan haiwan, pengaruh kemantapan ubat, penemuan efek mudarat daripada pencemaran industri makanan, racun agen perosak dan lain-lain.

Muat turun brosur Sains Bioperubatan DISINI.

Muat turun Buku Panduan Prasiswazah Program Sains Bioperubatan di sini Sains Bioperubatan Sesi 20192020.