SARJANAMUDA SAINS FORENSIK DENGAN KEPUJIAN

undergraduate06

Pengenalan

Program pengajian ini mengambil masa sekurang-kurangnya empat (4) tahun. Ia merupakan bidang sains berteraskan Sains Kesihatan dan menyiapkan individu bagi memenuhi keperluan tenaga manusia dalam bidang Sains Forensik di samping menyahut keperluan Rancangan Malaysia Ke-9 dalam menangani kes jenayah yang berleluasa. Selain itu juga, program ini bertujuan meningkatkan kapasiti enrolmen dalam bidang sains serta meningkatkan penyelidikan Sains Forensik di Malaysia.

Objektif

Untuk menghasilkan graduan Sains Forensik yang memahami keperluan asas berkaitan kerjaya termasuk kemahiran dan menguruskan bukti, menjalankan ujian ke atas bukti, menginterpretasi keputusan yang diperolehi, mengkorelasikannya dengan kes jenayah yang telah berlaku dan membentangkan pendapat secara profesional di Mahkamah.

Muat turun brosur Sains Forensik DISINI.

Muat turun Buku Panduan Prasiswazah Program Sains Forensik disini Sains Forensik 20192020.