Fakulti Sains Kesihatan UKM

 Peneraju Sains Kesihatan

SARJANAMUDA SAINS PEMAKANAN DENGAN KEPUJIAN

PENGENALAN

Pemakanan merupakan satu bidang pelbagai disiplin yang boleh memberikan kefahaman tentang bagaimana pengambilan makanan boleh mempengaruhi kesihatan. Pemakanan bermula dengan asas sains pemakanan yang kuat, meliputi kefahaman tentang bagaimanana makanan dihasilkan dan diproses, bagaimana nutrien diperoleh dalam makanan serta kesan metabolik dari pengambilan pelbagai jenis makanan ke atas kesihatan. Faktor sosial dan psikologi yang mempengaruhi pilihan makanan juga penting. Program ini mengambil masa sekurang-kurangnya empat (4) tahun.

OBJEKTIF

Melahirkan graduan multidisiplin yang mempunyai pengetahuan yang mantap tentang sumber dan fungsi makanan, keperluan nutrien, pengaruh sosial, psikologi dan impak pemakanan ke atas kesihatan individu dan masyarakat. Graduan mampu bertindak sebagai penasihat pemakanan dan penyelidik di dalam bidang pemakanan.

PAUTAN PENTING

BROSUR PROGRAM

BUKU PANDUAN PRASISWAZAH

SYARAT KEMASUKAN

AHLI AKADEMIK PROGRAM

KAKITANGAN PENGURUSAN & SOKONGAN