VISI DAN MISI FAKULTI

VISI FSK

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dalam bidang Sains Kesihatan dengan menyediakan ilmu yang berkualiti dan terkehadapan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan serta khidmat masyarakat di samping mendukung jatidiri kebangsaan..

MISI FSK

Menyediakan pendidikan yang berkualiti dan terkini melalui penerapan hasil penyelidikan untuk menghasilkan profesional kesihatan yang beretika dan kompeten untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

MATLAMAT FSK

  1. Mencapai dan mengekalkan kualiti pendidikan bertaraf dunia serta memupuk sahsiah insan cemerlang beracuan kebangsaan.
  2. Memperkukuhkan budaya penyelidikan serta memperluaskan dan mengeratkan jaringan strategik global sejajar dengan taraf universiti penyelidikan.
  3. Memperkasakan tanggungjawab sosial dalam Sains Kesihatan untuk kesejahteraan masyarakat.
  4. Mencapai dan mengekalkan sistem penyampaian berkesan bagi menyokong perancangan strategik Fakulti.

OBJEKTIF

FSK bertekad melahirkan graduan Sains Kesihatan dengan jati diri kebangsaan yang:

  1. Berpengetahuan yang menyeluruh dan terkini dalam disiplinnya;
  2. Kompeten, berkeyakinan serta berdaya saing di peringkat global;
  3. Berfikiran kritis dan analitikal dan mampu menjalankan penyelidikan;
  4. Menitikberatkan pembelajaran sepanjang hayat;
  5. Mempunyai kemahiran berkomunikasi secara efektif;
  6. Mempamerkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tanggungjawab sosial;
  7. Beretika, komited dan profesional;
  8. Berkebolehan kerja berpasukan, mengurus, mentadbir, memimpin serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan dalam bidang Sains Kesihatan.

 

NILAI TERAS SEPUNYA FSK

 PRIHATIN (Care)

I – INTEGRITI (Integrity)

N NYALARASA (Passion)

K KREATIF (Creative)