EN
A
A
A

 

PRASISWAZAH

Bagaimana untuk memohon?

Bakal pelajar boleh mula memohon secara online bagi kemasukan 2013/2014 melalui laman web UKM tidak lama lagi.

Permohonan untuk memasuki program yang ditawarkan akan diiklankan di akhbar-akhbar tempatan pada bulan Disember – Februari setiap tahun.

Calon bukan warga tempatan yang berminat untuk memohon program pengajian secara sepenuh masa boleh memohon melalui borang permohonan dalam talian UKM yang dibuka pada Januari setiap tahun.

Sila baca mengenai syarat kemasukan untuk calon-calon bukan warga Malaysia / pelajar antarabangsadi laman web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

 

 

PASCASISWAZAH

Bakal pelajar boleh mula memohon secara online bagi kemasukan 2013/2014 melalui laman web UKM tidak lama lagi.

SYARAT KEMASUKAN

Program Sarjana

  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK yang baik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Senat Universiti; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan atau Pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf Senat Universiti; or
  • Diploma dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman kerja dalam bidang yang dipohon; atau
  • Kelayakan yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda atau pengalaman yang diiktiraf Senat Universiti

Doktor Falsafah (PhD)

  • Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau Institusi¬† Pengajian Tinggi lain yang diiktiraf Senat Universiti; atau
  • Kelayakan lain yang setaraf Ijazah Sarjana atau kelayakan lain dan pengalaman yang diiktiraf Senat Universiti; atau
  • Pelajar yang sedang melanjutkan Ijazah Sarjana mereka secara sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pascasiswazah Fakulti untuk penukaran status ke program Doktor Falsafah, dengan kelulusan Dekan Pusat Pengajian Siswazah; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangya 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf Senat Universiti; atau
  • Calon yang diterima masuk ke program akan diwajibkan menduduki program pengajian sarjana falsafah sebelum diluluskan untuk mengikuti Program Doktor Falsafah, jika menepati kemajuan pengajian yang dikehendaki
  • * Calon dari agensi kerajaan atau swasta haruslah menyertakan kebenaran bertulis daripada majikan dalam borang permohonan mereka.

Syarat TOEFL/IELTS

Calon yang berhasrat untuk menulis tesis dalam Bahasa Inggeris atau ingin memasuki program pascasiswazah yang dikendalikan dalam Bahasa Inggeris haruslah mempunyai kelayakan minumum 550 untuk TOEFL (ujian bertulis) atau band 6 untuk IELTS atau mengikuti dan lulus English Proficiency Module di UKM sebagai prasyarat kemasukan.

 


 

 

Pautan Berguna untuk Permohonan Anda:

 

 

Jumlah Pelawat:    | Kemaskini Terakhir:  06-03-2014 11:22:20 AM