Alumni

Kami amat berbangga mempunyai Alumni yang berjaya mengejar impian mereka di seluruh dunia. Ramai pelajar FSSK telah berjaya menamatkan pengajian setiap tahun dan ada antara mereka yang telah menjadi tokoh dalam bidang masing-masing. FSSK juga aktif berhubung dengan alumni kami sebagai sebahagian daripada rangkaian  dan meneroka kemungkinan untuk menjalankan program usaha sama yang boleh memberi manfaat kepada pelajar semasa  dan kumpulan penyelidikan. Jika anda salah seorang daripada alumni kami dan ingin aktif dalam Jawatankuasa Alumni FSSK, anda boleh e-mel kepada Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FSSK untuk keterangan lanjut.