Language

Language

Google Translator

    Disclaimer Third Language Translation

    Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

    Faculty of Social Sciences and Humanities

    Welcome from the Dean

    Saudara/ saudari sekalian,
    Kami amat berbangga kerana saudara/saudarii telah memilih dan terpilih untuk
    melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia – Pendaulat Amanah
    Negara . Syabas dan Tahniah!

    Terima kasih kerana memilih Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM sebagai
    tempat saudara/saudari untuk menimba ilmu pengetahuan dan kami akan memberi
    satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan mencabar tetapi menyeronokkan
    yang saudara/saudari tidak akan lupakan.

    Kami mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari bersama-sama keluarga ke Fakulti
    Sains Sosial dan Kemanusiaan pada 26 Ogos 2017 (Sabtu) semasa hari pendaftaran
    diri dan pada 27 Ogos 2017 (Ahad) bersama-sama rakan seperjuangan
    saudara/saudari yang lain. Sebagai makluman Fakulti telah merangka banyak aktiviti
    menarik dalam tempoh tersebut. Saudara/saudari boleh bersama keluarga melawat
    kemudahan pembelajaran di Fakulti ini, mendapat penerangan tentang
    program/kursus yang akan saudara/saudari ikuti nanti, juga beramah mesra dengan
    para Profesor serta alumni Fakulti.

    Sebagai seorang yang terpilih di antara beribu yang memohon untuk mengikuti
    Program Sarjanamuda di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM,  kami
    mengharapkan saudara/saudari dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Fakulti.
    Sila ambil peluang terhadap apa yang kami tawarkan, hadir program yang
    dianjurkan, kenali rakan-rakan baharu, tanya soalan, terokai kejiranan yang baharu,
    bukakan mata, hati dan minda kepada pengalaman yang baharu dan jadi insan yang
    berguna seterusnya menjadi pendokong masa depan negara.

    Sekian, sekali lagi sekalung tahniah dan kami berbangga saudara/saudari akan
    menjadi sebahagian daripada warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.
    Semoga berjumpa di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM akhir Ogos ini.

    Salam hormat,
    PROF. DR. MOHD. FUAD MAT JALI
    Dekan
    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan