Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam

Untuk maklumat lanjut, layari  Ijazah ditawarkan di PPSSSA atau http://www.ukm.my/ppsssa/

 

Pengenalan

Penubuhan Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam menggabungkan ilmusains sekitaran, geologi, biologi dan sains marin. Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam menyahut cabaran negara untuk membangunkan kemampuan ahli sains dan teknokrat. Untuk mencapai matlamat tersebut, Pusat Pengajian ini menawarkan beberapa program pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang tertumpu kepada penyelidikan asal.

Bidang Penyelidikan dan Ijazah yang Ditawarkan
Pusat Pengajian menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang utama biologi, sains sekitaran, geologi dan sains laut. Bagi bidang biologi, teras penyelidikan adalah sistematik tumbuhan dan haiwan, biologi pemuliharaan, ekologi hutan, sains rumpai dan sitogenetik. Bagi sains sekitaran pula ia melibatkan pencemaran udara, air, tanah serta kawalannya, kebakaran hutan dan ekologi hutan, kerintangan pestisid, kesihatan dan keselamatan sekitaran, pemonitoran biologi dan penilaian impak alam sekitar. Untuk bidang-bidang geologi, kajian berkisar kepada geologi dan geofizik kejuruteraan, analisis lembangan, geologi petroleum, geologi sekitaran, geologi ekonomi dan industri mineral, geopelancongan dan geologi pemuliharaan, geologi serantau serta penderiaan jauh dan GIS. Akhirnya sains laut meliputi ekologi terumbu karang dan paya bakau, kepelbagaian invertebrata, ikan serta mikrob, fenomena rumpair berbahaya, pola iklim dan cuaca serta kaitannya dengan fenomena El  dan La , geokimia logam berat dan radionuklid, serta aplikasi penderiaan jauh dan GIS untuk pemonitoran perubahan pesisir pantai. Di peringkat siswazah, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam menawarkan program berikut:

 

Program/Ijazah yang Ditawarkan Bentuk Pengajian
Doktor Falsafah (Biologi) Tesis
Doktor Falsafah (Botani) Tesis
Doktor Falsaf (Genetik) Tesis
Doktor Falsaf (Geologi) Tesis
Doktor Falsafah (Sains Laut) Tesis
Doktor Falsafah (Sains Sekitaran) Tesis
Doktor Falsafah (Zoologi) Tesis
Sarjana (Biologi) Tesis
Sarjana (Botani) Tesis
Sarjana (Genetik) Tesis
Sarjana (Geologi) Tesis
Sarjana (Sains Laut) Tesis
Sarjana (Sains Sekitaran) Tesis
Sarjana (Zoologi) Tesis
Sarjana (Biologi Pemuliharaan) Kerja Kursus
Sarjana (Entomologi) Kerja Kursus
Sarjana (Geofizik Kejuruteraan dan Persekitaran) Kerja Kursus
Sarjana (Geologi Kejuruteraan) Kerja Kursus
Sarjana (Mineral Industri) Kerja Kursus
Sarjana (Pengurusan Sumber Genetik Tumbuhan) Kerja Kursus
Sarjana (Penilaian dan Pemantauan Persekitaran) Kerja Kursus
Sarjana (Sains Marin) Kerja Kursus
Sarjana (Sistematik Tumbuhan) Kerja Kursus

Syarat Kemasukan 
Calon yang memohon untuk mengikuti Program Pengajian Siswazah mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:-

Program Doktor Falsafah

a) Ijazah Sarjana dari UKM atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi yang  diiktiraf oleh Senat

atau

 

b) Kelulusan lain setaraf dengan Ijazah Sarjana Sains dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; ATAU

c) Sedang mengikuti program Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dan diperaku oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti berkenaan untuk menukar status kepada program Doktor Falsafah dengan kelulusan Senat; ATAU

d) Ijazah Sarjanamuda Sains atau kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat; ATAU

e) Kelulusan lain setaraf dengan Ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

 

Program Sarjana Sains

a) Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred (PNGK) yang baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian yang diiktiraf oleh senat; ATAU

b) Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman dan berkerja dalam bidang yang relevan yang diiktiraf oleh Senat. ATAU

c) Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda Sains dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; ATAU

d) Calon yang tidak memenuhi syarat PNGK minimum yang ditetapkan dengan syarat calon mempunyai pengalaman penyelidikan dalam bidang berkaitan.

 

Pegawai yang boleh dihubungi:

Pengerusi
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIA

Telefon  603 89213202
Fax  603 89253357
E-mail  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

Scroll to top