Soalan Lazim

SOALAN LAZIM PROGRAM SISWAZAH

Bilakah tarikh akhir rayuan meneruskan pengajian boleh dilakukan?

Dalam masa sebulan selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan

Bagaimana proses permohonan tambah unit dilakukan?

Cetak slip pendaftaran kursus individu, dapatkan tandangan tangan daripada ketua program siswazah dan hantar ke Sekretariat Pengajian Siswazah (SPS)

Bilakah permohonan tambah masa pengajian perlu dilakukan?

Permohonan perlu dilakukan 2 bulan sebelum tempoh maksimum pengajian berakhir

Bagaimana cara untuk buat pertukaran program pengajian?

Dapatkan borang pertukaran program pengajian di SPS

Bilakah permohonan pertukaran program siswazah boleh dilakukan?

Selepas keputusan peperiksaan Semester 2 dikeluarkan (awal Semester 3)

Berapa kalikah Gantung Pendaftaran boleh dilakukan?

Hanya 2 kali sahaja dalam sepanjang tempoh pengajian

Bagaimana permohonan tukar bentuk pendaftaran boleh dilakukan?

Dapatkan borang daripada SPS dan tukar bentuk pendaftaran  hanya dibenarkan sekali sahaja dalam sepanjang tempoh pengajian

Bagaimanakan permohonan untuk peperiksaan ulangan khas boleh dilakukan?

Permohonan perlu dilakukan dalam masa sebulan dari tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan melalui Pusat Pengurusan Siswazah

Bagaimana proses penghantaran tesis dilakukan?

Perlu mengemukakan borang Notis Penyerahan Tesis 3 bulan sebelum menghantar tesis dan perlu mengisi borang Penyerahan Tesis untuk Pemeriksaan setelah tesis siap untuk diperiksa.

SOALAN LAZIM PROGRAM PRASISWAZAH

Apakah kursus-kursus yang ditawarkan di FST?

FST menawarkan pelbagai kursus dari 5 Pusat Pengajian.  Untuk keterangan lanjut, klik di sini

Apakah waktu operasi pejabat pentadbiran FST?

Pejabat FST beroperasi pada
Isnin hingga Khamis (8:00 – 5:00 ptg.) – Rehat (1:00 – 2:00 ptg.)
Jumaat (8:00 – 5:00 ptg.) – Rehat (12:15 – 2:45 ptg.)

Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak FST?t

Anda boleh hubungi +6 89214382. Untuk urusan lebih spesifik, sila klik sini

 

Bagaimanakah keputusan peperiksaan dihantar kepada pelajar?

Pelajar boleh mendapatkan keputusan secara atas talian di SMPWeb . Jika untuk urusan rasmi pelajar boleh mendapatkannya sendiri..

Adakah seseorang pelajar perlu mengulang sesuatu kursus jika memperoleh gred ‘C’?.

Pelajar perlu mengulang kursus yang mendapat gred C- ke bawah

Berapa CGPA seseorang pelajar untuk melayakkannya memperoleh Anugerah Dekan?

Seseorang pelajar yang mendapat CGPA 3.75, layak menerima Anugerah Dekan.

Pelajar perlu membuat penilaian kursus melalui  SMP web. 

Scroll to top