Bunga Rasmi

Senduduk (Melastoma malabathricum)

Senduduk (Melastoma malabathricum)

  • Senduduk mempunyai beberapa kuntum bunga dalam satu jambak.  Ini menggambarkan perpaduan dan kesepakatan warga FST
  • Warna ungu bunganya melambangkan iltizam setiap warga FST
  • Stamen yang berwarna kuning menggambarkan variasi penyelidikan yang menghimpunkan pelbagai bidang ilmu dan penyelidikan
  • Stamen berwarna ungu pula mengungkapkan kesarjanaan FST
  • Lima kelopak bunganya ditafsirkan sebagai lima Pusat Pengajian yang berpadu mewujudkan Fakulti yang mantap
  • Kemampuan senduduk untuk hidup di pelbagai persekitaran menggambarkan kemampuan warga FST menyesuaikan diri pada situasi dan keadaan yang mencabar.