Latar Belakang & Objektif

global

Liku sejarah Fakulti Sains bermula dengan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970, dengan 5 jabatan, 16 orang tenaga akademik serta 37 orang pelajar. Fakulti Sains Sumber Alam tertubuh di Sabah pada tahun 1975. Pada tahun 1982, Fakulti Sains yang asal telah dipecahkan kepada beberapa fakulti iaitu Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Fakulti Sains Hayat dan Pusat Pengajian Kuantitatif yang akhirnya di kenali sebagai Fakulti Sains Matematik.

Setelah universiti dikorporatkan pada tahun 1998, UKM bersetuju Fakulti Sains dan Teknologi (FST) ditubuhkan pada 19hb Julai 1999 hasil gabungan empat fakulti yang berasaskan sains iaitu Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Fakulti Sains Hayat, Fakulti Sains Matematik, dan Fakulti Sains Sumber Alam.

Dengan penggabungan ini, FST menjadi  lebih kukuh dan bersedia menangani pembelajaran serta penyelidikan sains dan teknologi untuk membawa Malaysia ke alaf baru dan seterusnya menjadi perintis serta peraga bagi rumpun lain dalam eksesais penstrukturan semula ilmu.

Rasional pemilihan nama FST adalah berlandaskan perkara berikut:

  • FST adalah gabungan dua ilmu, sains tulen serta sains gunaan yang menjana teknologi,
  • FST adalah entiti ilmu yang mempertahankan ilmu asas,
  • FST juga menerajui bidang agar ilmu yang diterokai adalah terkini dan sentiasa berada diperbatasan  ilmu.

Beberapa perubahan telah dilakukan untuk menjadikan semua program di FST lebih menarik dan boleh menangani cabaran pada alaf baru ini. Program yang baru ini merupakan satu pakej yang mana pelajar FST bukan sahaja  mahir dalam bidang sains yang ia ceburi tetapi juga mempunyai beberapa kemahiran yang boleh menyediakan beliau untuk alam pekerjaan tidak kira kerjaya apa yang dipilih. Dengan pakej ini FST yakin  graduan yang dihasilkan mampu menyesuaikan diri dan boleh berdaya saing dalam apa jua keadaan yang akan ditempuh.

 

target22

OBJEKTIF

Melahirkan insan cemerlang yang;
  1. Berpengetahuan dan berketerampilan dalam bidang Sains & Teknologi yang dipilih
  2. Berdaya saing untuk mengurus dan memimpin perubahan
  3. Mahir berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif
  4. Berakhlak mulia, beretika tinggi, bersikap positif dan terbuka, bertanggungjawab, bermotivasi tinggi, berkeyakinan diri, berdisiplin dan berdikari.
  5. Menyayangi masyarakat dan alam sekitar serta peka kepada kehendak masyarakat dan negara
  6. Cekap berkomunikasi dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  7. Menguasai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
  8. Berkebolehan menjalankan penyelidikan dalam organisasi masing-masing
  9. berminat dengan pengetahuan terkini dan cenderung belajar sepanjang hayat