Majlis Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif (KIK), Fakulti Sains & Teknologi

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Fakulti akan mengadakan Majlis Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif (KIK) pada tarikh dan tempat seperti berikut;

  • Tarikh:  4 Februari 2020 (Selasa)
  • Masa   : 8.00 pagi 
  • Tempat: Dewan Anuwar Mahmud (DAM), FST

Sebanyak 8 kumpulan akan membentangkan hasil projek masing-masing bagi konvensyen kali ini. Justeru, pihak fakulti amat mengharapkan kehadiran dan sokongan daripada seluruh warga FST untuk menyerikan lagi majlis ini. Kesudian Prof./Dr./Tuan/Puan menghadiri jemputan ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Bagi tujuan kehadiran, Prof./Dr./Tuan/Puan boleh melayari pautan berikut https://forms.gle/csA4tAhxKnmMF7QV6  (Untuk pendaftaran). Kehadiran akan direkodkan ke dalam Espel.

 

Bersama-sama ini dilampirkan poster dan aturcara untuk makluman dan perhatian YBhg. Prof./Dato’/tuan/puan.

Sekian, terima kasih.