6 Jun 2018: Mesej khas dari Pusat Siswazah UKM.
Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 21/2018:
Penulisan Kajian Pustaka Berimpak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 21/2018: Penulisan Kajian Pustaka Berimpak yang akan sampaikan oleh oleh Dr. Halim Hj. Razali dari Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI). Untuk makluman, bengkel ini akan dikendalikan di dalam Bahasa Melayu. Oleh itu kami ingin menjemput para pelajar pascasiswazah (Sarjana dan Kedoktoran) di bawah seliaan YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan ke bengkel tersebut.
Pusat Siswazah amat berbesar hati sekiranya jemputan ini dapat dimajukan kepada para pelajar masing-masing. Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Maklumat bengkel adalah seperti di bawah:
Pendaftaran atas talian boleh dibuat di SINI
Maklumat program adalah seperti berikut:
TARIKH: | 28 Jun 2018 (Khamis) |
MASA: | 9.00 pagi – 5.00 petang
(Pendaftaran: 8.30 pagi – 9.00 pagi) |
TEMPAT: | Bilik Latihan, Pusat Siswazah UKM, UKM Bangi |
PENCERAMAH: | Dr. Halim Hj. Razali |
YURAN: | RM70.00 (Warga UKM)
RM120.00 (Luar UKM) |
(Jom sertai kami… Jangan lepaskan peluang keemasan ini)
Sila hubungi Encik Mohd Hafiz di talian 03-8921 5162 atau email mohdhafiz[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.