28 November 2017: Ahli akademia FUU mencatatkan sejarah sekali lagi apabila pensyarah kanan Prof. Madya. Dr. Shahrul Mizan Ismail memenangi Anugerah Bitara UKM 2017. Dr. Shahrul telah memenangi Anugerah Bitara Pendidik kategori Bidang Sastera dan Sains Sosial dan ini merupakan kejayaan beliau dalam masa seminggu selepas memenangi tempat pertama Anugerah Pemikiran dan Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 20 November yang lalu. Dr. Shahrul Mizan merupakan pensyarah Tatacara Sivil dan telah menerbitkan beberapa buah buku termasuk membangunkan kursus MOOC (portal Open learning UKM) bertajuk ‘Mengenal Mahkamah di Malaysia’. Tahniah dan syabas diucapkan buat Dr Shahrul Mizan #SoaringUpwards.