15 April 2018: Penantian 10 tahun membuahkan hasil apabila FUU UKM menjuarai pertandingan Debat Piala Ketua Hakim Negara 2018 #DEKHAN2018 yang berlangsung di sini malam tadi selepas menewaskan team dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Team peserta FUU diwakili oleh Jason Cheong Kah Lok, Muhammad Taufiq Abd Rahman, Farriz Minarwan, Nurul Nadiatul Shamimi, Muhammad Aiman Syahmi, Muhammad Nurhaziq, Mohd Hanif Najdi dan Nor Syahirah Azahar dengan bimbingan jurulatih Dr R. Ramalinggam. Hadiah telah disampaikan oleh YAA Tun Raus Sharif, Ketua Hakim Negara. Turut hadir sama adalah Prof. Madya Dr. Hj. Roslee Rajikan (Timbalan Dekan Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) dan Prof. Dr. Zinatul Asyiqin Zainol (Dekan, FUU). #DEKHAN2018 merupakan acara tahunan pertandingan debat undang-undang dalam Bahasa Melayu bagi mencungkil bakat dalam kalangan pelajar universiti berkaitan kefahaman dan pengetahuan dalam bidang berkaitan. Selaras dengan itu FUU UKM juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa Bahasa Melayu dengan keanggotaan ahli akademik FUU bagi membantu pihak-pihak berkepentingan seperti Badan Kehakiman Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka memperkasa penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia khususnya dalam konteks perundangan dan kehakiman. Tahniah kepada para pemenang!!!