2 Januari 2020: Satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama MoA antara UKM dan Universitas Hasanuddin Indonesia telah diadakan pada 30 Disember 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Fakulti Undang-undang. Kerjasama ini dilihat sebagai platform yang baik bagi kedua- dua institusi bertukar- tukar tenaga pengajar dengan saling bertukar pensyarah dalam jangka waktu ditetapkan. Selain itu, terdapat pelbagai program telah direncana secara bersama seperti penerbitan dan penyelidikan serta berkongsi sistem pengajaran yang lebih efektif.