19 Februari 2018: Pensyarah FUU En Noorfajri Ismail dijemput menjadi ahli panel program Landskap TV1 mengupas dan membicarakan isu berkaitan ‘Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)’. Video penuh boleh ditonton pada pautan berikut https://myklik.rtm.gov.my/berkala-program/537/59893. En Noorfajri Ismail adalah pensyarah FUU yang juga merupakan Ahli Kumpulan Penggerak Sarana Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPSK, KPM).