17 November 2017: Persidangan Tuanku Jaafar Conference 2017 (“TJC 2017”) pada kali ini bakal menampilkan kelainan apabila buat julung kalinya diadakan di FUU dengan majlis perasmian bakal berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Persidangan yang dianjurkan setiap 2 tahun pada kali ini bertemakan ‘Governance Towards Sustainable Development Goals’ bakal menampilkan 5 pembentang kertas kerja oleh para profesor dari dalam dan luar negara. Di samping aktiviti pembentangan kertas kerja selari, terdapat beberapa program sampingan iaitu Bangi Salad dan Karnival SDGs. Terdapat juga jualan ‘foodtruck’ dan pempamer dari agensi-agensi jemputan. Persidangan kali ini akan menghimpunkan lebih 500 ilmuwan tanah air dan antarabangsa serta 112 kertas kerja yang akan dibentangkan oleh pembentang jemputan.