Laluan Akademik Kolej GENIUS@Pintar, UKM

Program pendidikan Kolej GENIUS@Pintar bermula dari Asas 1 diikuti Asas 2, Asas 3, Tahap 1 dan Tahap 2. Secara dasarnya pada peringkat Asas 1, Asas 2 dan Asas 3 pelajar perlu melengkapkan Kurikulum Kebangsaan. Setiap topik yang disusun akan diajar mengikut tahap kedalaman iaitu dari mudah ke sukar. Bagi pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang akan dibenarkan untuk dipecutkan sama ada mengikut topik atau tahap. Setelah pelajar tamat pengajian pada Asas 3, pelajar akan mendapat GENIUS@Pintar Junior Certificate. Seterusnya pelajar akan melengkapkan Kurikulum Tambahan ketika berada pada Tahap 1 dan Tahap 2. Setelah pelajar tamat pengajian pada Tahap 2, pelajar akan mendapat GENIUS@Pintar High School Diploma. Rajah dibawah menunjukkan laluan akademik Kolej GENIUS@Pintar, UKM.