Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM

Kolej GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk murid yang mempunyai potensi intelek semula jadi yang tinggi. UKM telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program ini  sejak Januari 2011. Murid-murid yang mengikuti program ini dipilih melalui proses ujian-ujian saringan UKM1, UKM2 dan UKM3. Murid mengikuti program pendidikan yang menyepadukan pembelajaran akademik, ko-kurikulum, pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui pengalaman pembelajaran aktif dan bermakna. Suasana serta persekitaran sekolah turut dibangunkan agar menyumbang kepada perkembangan murid yang holistik dan menyeluruh.

 

Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi membantu pelajar meningkatkan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Antara kemudahan yang disediakan ialah kelas pembelajaran, makmal sains, makmal komputer, makmal seni, makmal robotik, perpustakaan, dewan serbaguna, gimnasium, kolam renang, auditorium dan stadium.

 

Bermula pada bulan Januari 2020, Kolej GENIUS@Pintar Negara UKM Kampus Seremban telah beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan. Buat masa ini, kolej tersebut menempatkan pelajar-pelajar Asas 1.