logo homepage geologi

Kumpulan Warisan Geologi

PPSSSA

FST

UKM

JMG

Persatuan Geologi Malaysia

 

Program Geologi

Menu utama

Pengenalan

Visi dan Misi

Objektif Program

Kelayakan Masuk

Kakitangan & Pelajar

Pengurusan Program

Kakitangan Akademik

Kakitangan sokongan

Pelajar Prasiswazah

Pelajar Siswazah

Maklumat Akademik

Program Prasiswazah

Program Siswazah

Kerjalapangan

Kemudahan

Makmal Pengajaran

Makmal Penyelidikan

Makmal Komputer

Bilik Sumber

Muzium Geologi

Maklumat Geologi

Buku/Artikel Geologi

Imej Satelit Malaysia

Peta Malaysia

Sejarah Geologi Malaysia

Link

PENGENALAN

 

Geologi merupakan rangkai kata Yunani ’geo’ yang bermakna Bumi dan ’logos’ yang bermakna ilmu. Ilmu tentang Bumi ini merangkumi asal mulanya, kandungannya, serta sejarah perkembangannya. Daripada bidang yang deskriptif dan bersifat falsafah, geologi memadukan pengetahuan matematik, kimia, fizik dan biologi untuk sampai kepada fungsinya yang utama dan dinamik iaitu mencari sumber bumi (air tanah, mineral logam, petroleum mentah, gas asli, mineral radioaktif dan bahan binaan) yang diperlukan untuk membangunkan peradaban manusia. Kini geologi moden, lebih dikenali geosains, memperluaskan cakupannya daripada geologi ekonomi dan geologi petroleum ini kepada geologi kejuruteraan. Ahli geologi kini bekerja seiring dengan jurutera awam dan geoteknik dalam menyediakan maklumat geologi supaya pembinaan infrastruktur yang besar-besar seperti empangan, jambatan, bangunan pencakar langit dan lapangan terbang selamat dan bersifat jimat kos. Ahli geologi melalui bidang geologi sekitaran mengkaji penyebab geobencana seperti tanah runtuh, aliran lumpur, gempa bumi,  tsunami, gunung berapi dan seumpamanya dan mencari jalan mengurangkan kerosakan dan membina sistem amaran.

 

Semenjak  tahun  2000,  bilangan  pelajar yang memilih untuk mengikuti  Program Geologi bertambah secara mendadak. Secara purata pengambilan sekarang ialah 70 pelajar bagi setiap sesi pengajian. Program sedia ada yang menawarkan Ijazah Sarjanamuda Sains (Geologi) berdiri atas 129 jam kredit notional. Meskipun objektif Program ialah menyediakan ahli geologi yang bersedia untuk menceburi mana-mana bidang utama iaitu geologi petroleum, geologi perlombongan dan geologi kejuruteraan, sedikit kebebasan diberi kepada pelajar memilih bidang yang mereka minati melalui tujuh pakej. Pakej ini membolehkan pelajar berbeza sebanyak 6 jam kredit daripada rakan mereka dari pakej yang lain. Kursus-kursus pakej ini diberikan di tahun tiga pengajian. Pakej-pakej tersebut ialah:

1.                  Geologi Tulen

2.                  Geologi Petroleum

3.                  Geologi Perlombongan

4.                  Geologi Kejuruteraan

5.                  Geologi Kuaterner

6.                  Geologi Sekitaran

7.                  Geologi Pemuliharaan dan Pelancongan

 

DSCN4430

DSCN0466

DSC00415

 

 

 

 

 

Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran & Sumber Alam,

Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM BANGI, SELANGOR

Telefon:  +603-89215391/ +603-89215392

Fak: +603-89215490