• CALL US: +6 03 8921 4718
  • APPLY NOW
.

UP CLOSE & PERSONEL WITH MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN

Event Date: 7 May 2015

 

YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan adalah merupakan Menteri Besar yang kesepuluh bagi Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau telah menjawat jawatan tersebut sejak Mac 2004 setelah memenangi pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Rantau. Beliau yang dilahirkan pada 2 Mei 1956 merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya.

YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan memulakan kerjayanya sebagai pelatih di Bank Negara Malaysia setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya. Sejak dari itu, beliau meneruskan kerjaya dalam bidang perbankan sebagai Penolong Pengurus Malayan Banking Berhad di cawangan Petaling Jaya. Seterusnya beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus di Public Bank Berhad, Pengurus Perbankan Korporat di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad, dan Pengarah Urusan di Bank Bumiputra Berhad (London) sehingga tahun 1992.

Pada tahun 1992, YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cold Storage (M) Sdn. Bhd. selama dua tahun. Dari tahun 1994 sehingga Mac 2004, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan di Cycle & Carriage Bintang Berhad serta memegang jawatan sebagai Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, Litar Antarabangsa Sepang F1 Malaysia, Pengerusi FIMA Malaysia Berhad, dan Penasihat Mercedes Benz Asia Pte Ltd bagi rantau Asia Tenggara.

YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan juga terlibat secara aktif dalam aktiviti Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan, Presiden Persatuan Hoki Negeri Sembilan, Presiden Kelab Golf International Seremban, dan Penaung merangkap Timbalan bagi Pertubuhan Silat Gayung Malaysia.

Pengalaman dan kerjaya beliau dalam dunia korporat, aktif dalam aktiviti NGO, dan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang disanjungi dan dikagumi di Malaysia. Perkongsian oleh beliau yang mempunyai pengalaman luas sebagai pemimpin dunia korporat adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *