JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI WARGA EMAS 2021
- 02/10/2021
- 09:00 AM - 05:00 PM
- ZOOM & FB Live
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI WARGA EMAS 2021
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas UKM Bangi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2021 pada 2 Oktober 2021 (Sabtu) melalui aplikasi ZOOM yang bertemakan ”Kesaksamaan Digital Untuk Semua Usia”. Program ini bertujuan untuk meraikan warga emas disamping memberi kesedaran dan pendedahan tentang gaya hidup penuaan sihat kepada para peserta tidak mengira usia.
Sehubungan dengan itu, sukacitanya dengan hormat dan amat berbesar hati menjemput Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/ Prof./Dr./Tuan/Puan untuk hadir di Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2021 yang akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia). Berikut adalah pautan Zoom Majlis Sambutan Hari Warga Emas ini:
Tarikh : 2 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi– 5.00 petang
Platform : Aplikasi Zoom (https://tinyurl.com/MajlisSambutanHWE2021)
Meeting ID : 972 8257 6085
Passcode : 139345
Pertimbangan dan kesudian Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
