H-CARE

 Center For Healthy Ageing & Wellness

Kejayaan Pelajar

Pusat Penuaan Sihat & Kesejahteraan (HCARE) mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian cemerlang hebat Saudara You Yee Xing di atas anugerah “Diamond” yang diperolehi untuk Kategori A1: PHD Science, Engineering & Technology bersempena pertandingan dalam THESIS IN 5 MINUTES yang telah berlangsung pada 7 Jan 2020 bertempat di Palace of the Golden Horses, Malaysia.

Pencapaian prestij “Diamond Award” ini adalah anugerah utama untuk setiap kategori dan kejayaan ini di harap dapat menyuntik semangat pelajar pascasiswazah di HCARE serta FSK amnya.

Penyelia kajian PhD beliau adalah Prof. Dr. Suzana Shahar iaitu Penyelidik Tersohor di HCARE.

Tahniah Saudara You Yee Xing.

#HCAREFSK
#PaduMantap