9 Rejab 1434|19 May 2013

Berita Hadhari

Bengkel Pembinaan Instrumen 1: j-QAF

Simposium Antarabangsa Ke 4 UKM-Kyoto Universiti 2013 (ISIMCAS 2013)

Diskusi Bersama Profesor Adjung - Tun Abdul Hamid Mohamad

Institut Islam Hadhari, UKM telah menganjurkan Diskusi Bersama Profesor Adjung Institut Islam Hadhari, Tun Abdul Hamid Mohamad, Mantan Ketua Hakim Negara. Diskusi ini telah berlangsung pada 19 Rabiulawal 1434H bersamaan 31 Januari 2013 hari Khamis, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perbincangan Meja Bulat Prof. Dr. Mahmoud M. Ayoub

Institut Islam Hadhari, UKM telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Prof. Dr. Mahmoud M. Ayoub (Prof. Pelawat Ulung UTM) pada 4 Rabiulawal 1434H bersamaan 16 Januari 2013 hari Rabu bertempat di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perbincangan meja bulat ini dianjurkan secara bersama oleh Institut Islam Hadhari, UKM, Institut Kajian Rantau Asia Barat, UKM dan Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Ucapan Tahniah – Penganugerahan Darjah Kebesaran.

Seluruh warga Institut Islam Hadhari, UKM merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Zakaria Stapa, Felo Utama, Institut Islam Hadhari, di atas penganugerahan darjah kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato’ pada hari Ahad, 27 Zulhijah 1433H bersamaan 11 November 2012 bersempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan daripada Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan.

International Conference on Islam and Society

International Conference on Islam and Society telah diadakan pada 2 Safar 1434H bersamaan 15 Disember 2012, bertempat di Universiti Tehran, Iran.

Persidangan antarabangsa ini dianjurkan secara bersama di antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Iranian Institute for Social and Cultural Studies, Ministry of Science, Research and Technology, Iran.

Seminar Antarabangsa Ilmu Wahyu & Turath Dalam Peradaban Islam

Seminar Antarabangsa Ilmu Wahyu & Turath Dalam Peradaban Islam telah diadakan pada 10-11 Muharam 1434H bersamaan 24-25 November 2012 bertempat di Hotel Grand Sentral, Pekan Baru, Riau, Republik Indonesia.

Siri Forum Hadhari "Islam Agama Negara"

Bangi, 24 Oktober 2011 - Siri Forum Hadhari "Islam Agama Negara" telah berlangsung di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Forum ini telah dipengerusikan oleh Dr. Jasri Jamal, Felo Kanan Bersekutu Hadhari / Pensyarah Fakulti Undang-undang UKM. Manakala panel jemputan terdiri daripada Dr. Hj. Yusri Mohamad (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Tuan Hj.

Bengkel Semakan Modul Pemurnian Akidah

Bangi, 20 Oktober 2011 - Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah menganjurkan Bengkel Semakan Modul Pemurnian Akidah, bertempat di Bilik Mesyuarat HADHARI, UKM. Bengkel sehari ini adalah kesinambungan kepada Bengkel Merangka Modul Pemurnian Akidah yang telah diadakan pada 17 September 2011 yang lalu.

Syndicate content
  • Site Counter: 429,134