14 Rejab 1434|24 May 2013

Kursi Syeikh Abdullah Fahim

Penubuhan Kursi Abdullah Fahim telah diilhamkan oleh Fakulti Pengajian Islam selaras dengan penubuhan Institut Islam Hadhari. Justeru, Senat UKM ke 330 pada 16 Mei 2007 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kursi Syeikh Abdullah Fahim di Institut Islam Hadhari dan Lembaga Pengarah Universiti dalam mesyuarat yang ke 4/2007 pada 5 Julai 2007 telah bersetuju meluluskan keputusan Senat tersebut dan kertas cadangan mengenainya telah dimajukan ke Jabatan Pengajian Tinggi pada 20 Ogos 2007. Kini Kursi Syeikh Abdullah Fahim telah menerima dana penubuhan dari Kementerian Pengajian Tinggi berjumlah RM 5 juta bagi memulakan aktivitinya.

PENYANDANG KURSI SYEIKH ABDULLAH FAHIM

Dato' Dr. Ismail

Prof. Dato' Dr. Ismail Haji Ibrahim

(1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2012)

  • Site Counter: 431,142