Prospektus Pengajian Siswazah
Institut Islam Hadhari menawarkan Program Pengajian Siswazah dalam Peradaban Islam yang berasaskan penyelidikan dalam empat bidang teras dan kepakaran seperti berikut:
- Politik dan Kepimpinan
- Sosio- Budaya
- Ekonomi dan Perniagaan
- Sains & Teknologi, Kesihatan dan Alam Sekitar.
Kerangka bidang-bidang tujahan di atas diintegrasikan dalam semua bidang-bidang yang terdapat dalam prinsip Pendekatan Islam Hadhari seperti yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia, iaitu:
- Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.
- Kerajaan adil dan beramanah.
- Rakyat berjiwa merdeka.
- Penguasaan ilmu pengetahuan.
- Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
- Kehidupan berkualiti.
- Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
- Keutuhan budaya dan moral.
- Pemuliharaan alam semula jadi.
- Kekuatan Pertahanan
Program Yang Ditawarkan
Program yang ditawarkan adalah secara sepenuh masa atau separuh masa dalam pengajian berikut:
- Sarjana Peradaban Islam
- Doktor Falsafah Peradaban Islam
Bentuk-Bentuk Program
- Sarjana Peradaban Islam - Tesis (penyelidikan) sahaja
- Doktor Falsafah Peradaban Islam - Tesis (penyelidikan) sahaja
Kelayakan / Syarat Kemasukan
Sarjana
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelulusan yang setaraf dengannya; atau
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.75 dan mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; atau
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.50 dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan.
Doktor Falsafah
Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM; atau
Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja
Tempoh Pengajian
| Program |
Sepenuh Masa
|
Separuh Masa
|
| Sarjana |
2 hingga 6 semester
|
4 hingga 10 semester
|
| Doktor Falsafah |
6 hingga 12 semester
|
8 hingga 14 semester
|
Kursus Yang Perlu Diikuti
Pengajian yang ditawarkan memerlukan pelajar mengikut kursus yang dijalankan oleh Institut Islam Hadhari (HADHARI)/ dan Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) atau mana-mana institut sebagai pilihan, bagi meningkatkan pengetahuan teori termasuk kemahiran penyelidikan dan penulisan. Bagi Program Sarjana, pelajar diwajibkan melengkapkan 6 unit kursus dan bagi pelajar Program Doktor Falsafah, pelajar diwajibkan melengkapkan 8 unit kursus. Perincian adalah seperti berikut:
| Program |
Kursus
|
Jumlah Unit
|
| Sarjana |
*Kaedah Penyelidikan (wajib)
|
4
|
|
**Peradaban Islam (wajib)
|
2
|
|
|
Jumlah
|
6
|
| Program |
Kursus
|
Jumlah Unit
|
| Doktor Falsafah |
*Kaedah Penyelidikan (wajib)
|
4
|
|
**Peradaban Islam (wajib)
|
2
|
|
|
1 Kursus dari mana-mana institut/fakulti yang sesuai
|
2
|
|
|
Jumlah
|
8
|
*Kursus Kaedah Penyelidikan yang ditawarkan oleh Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) atau mana-mana fakulti/institut yang bersesuaian
**Kursus Peradaban Islam (Z1RH6012) – ditawarkan oleh HADHARI sebagai kursus wajib bagi pelajar HADHARI dan kursus pilihan untuk institut/fakulti lain.
Syarat Pengijazahan
Setiap pelajar perlu memenuhi keperluan berikut sepanjang pengajian sebelum layak dianugerahkan ijazah:
- Membentangkan cadangan/usul penyelidikan dalam semester 1 atau ke-2
- Membentangkan hasil kajian awal, selepas semester ke-2
- Mengikuti dan membentangkan kertas kerja dalam seminar (termasuk kolokium siswazah yang dianjurkan oleh Institut Islam Hadhari, UKM) dalam atau luar UKM, butirannya seperti berikut:
- Menerbitkan makalah dalam jurnal berwasit/berindek:
a) 2 kertas kerja bagi pelajar Sarjana.
b) 3 kertas kerja bagi pelajar Doktor Falsafah.
a) 2 makalah bagi pelajar Sarjana
b) 3 makalah bagi pelajar Doktor Falsafah
Keperluan bahasa (Language Requirement for Graduation)
(Applicable for International Applicants Only)
a) A minimum score of 550 in TOEFL; or
b) A minimum score of 5.0 in IELTS; and
c) Pass in Bahasa Melayu course offered by Center of General Studies
Bagi calon luar negara yang tidak memenuhi keperluan Bahasa Inggeris di atas, dikehendakki untuk mendudukki Modul Kecekapan Bahasa Inggersi (MKB) yang ditawarkan oleh Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) dengan syarat berikut:
a) Mencapai minimum jalur 4 bagi penulisan tesis dalam Bahasa Inggeris
b) Mencapai minimum jalur 3 bagi penulisan tesis dalam bahasa lain
Calon-calon yang tidak memenuhi keperluan di atas dalam tempoh pengajian yang dibenarkan, tidak akan dianugerahkan ijazah.
Zamalah
UKM menawarkan skim bantuan kewangan dalam bentuk Zamalah dan ianya terhad kepada pelajar yang layak sahaja. Permohonan skim Zamalah boleh dimohon secara terus ke Pusat Pengurusan Siswazah.
Permohonan Kemasukan
Permohonan dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara atas talian di www.ukm.my/pps atau dengan mengisi borang yang boleh diperoleh di alamat seperti berikut:
Pusat Pengurusan Siswazah (PPS)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Maklumat lanjut mengenai Pengajian Siswazah, sila hubungi:
Penolong Pendaftar Kanan
Institut Islam Hadhari (HADHARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: +603-8921 6991
Faks: +603-8921 6990
E-mel: ppiih[at]ukm.my
Url: http://www.ukm.my/hadhari