Pengenalan
Perkataan “Hadhari” membawa maksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “civilizational Islam” dan dalam Bahasa Arab sebagai “al-Islam al-Hadhari”. Manakala takrif Pendekatan Islam Hadhari secara lengkap ialah: “suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”