Perbincangan Meja Bulat Jati Diri Di Kalangan Penjawat Awam
Bangi, 26 Julai 2011 - Kumpulan Penyelidikan Pengukuran Jati Diri Kebangsaan di Kalangan Kakitangan UKM Pelbagai Kategori (GPP-2011-011) telah mengadakan Perbincangan Meja Bulat Jati Diri Di Kalangan Penjawat Awam bertempat di UKM Puri Pujangga. Seramai empat orang panel telah diundang, iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Safiah Karim, Prof. Madya Dato’ Dr. Halim Sidek, Prof. Madya Shaharuddin Badaruddin dan Hajah Rohani Datuk Shahir. Perbincangan ini bertujuan untuk mendapat idea pakar mengenai konsep jati diri daripada pelbagai aspek kehidupan. Perbincangan yang berlangsung selama setengah hari ini telah dihadiri oleh ahli penyelidik dan Pembantu Penyelidik.