Perbincangan Kumpulan Pakar Dialog Antara Agama
Bangi, 27 Julai 2011 - Kumpulan Penyelidikan Dialog Antara Agama Di Malaysia: Epistemologi, Pendekatan dan Amalan (GPP-2011-010) telah menganjurkan Perbincangan Kumpulan Pakar Dialog Antara Agama bertempat di Hotel Palm Garden, IOI Resort, Putrajaya. Seramai empat orang pakar telah diundang, iaitu Prof. Emeritus Datuk' Dr. Osman Bakar (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, IAIS Malaysia), Prof. Dato' Dr. Ismail Ibrahim (Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia), Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin (Pengarah Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya) dan (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhammady (Felo Utama ISTAC, IIUM). Antara aspek yang dibincangkan adalah konsep dan epistemologi, ciri-ciri dan pendekatan, sejarah dan perkembangan & pengalaman pakar dalam bidang ini. Perbincangan ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada ahli penyelidik, Pembantu Penyelidik, pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah.