15 Rejab 1434|25 May 2013

MAJLIS PELANCARAN BUKU-BUKU YBHG. PROF. DATO' DR. ISMAIL HJ. IBRAHIM

Majlis Pelancaran Buku-buku Prof. Dato' Dr. Ismail Hj. Ibrahim, Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, UKM telah diadakan pada 7 Oktober 2011 bersamaan 9 Zulkaedah 1432H, bertempat di Bangunan Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur. Pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tiga buah buku yang telah dilancarkan adalah Oktober Yang Tidak Dinantikan (terbitan Institut Islam Hadhari, UKM), Kembara Kehidupan Dari Atap Rumbia Ke Gerbang Diplomatik dan Sekilas Pandang (terbitan Yayasan Ilmuwan). Majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Yayasan Ilmuwan ini telah dihadiri oleh para ahli akademik, media massa dan ahli keluarga penulis.

  • Site Counter: 431,167