Bengkel Semakan Modul Pemurnian Akidah
Bangi, 20 Oktober 2011 - Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah menganjurkan Bengkel Semakan Modul Pemurnian Akidah, bertempat di Bilik Mesyuarat HADHARI, UKM. Bengkel sehari ini adalah kesinambungan kepada Bengkel Merangka Modul Pemurnian Akidah yang telah diadakan pada 17 September 2011 yang lalu. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menyemak draf modul dan mendapat pandangan pakar, pegawai serta wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengenai kesesuaian pengisian kandungan modul.
Selain daripada perbincangan mengenai draf modul, bengkel ini turut mengundang Encik Adnan Abdullah, Presiden Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan untuk berkongsi pengalaman dalam menangani isu dan kes individu yang ingin keluar daripada agama Islam (murtad). Bengkel yang dihadiri oleh pakar penyelidik UKM, para pegawai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), JHEAIPP dan wakil NGO ini berakhir pada jam 4.30 petang.