15 Rejab 1434|25 May 2013

Siri Forum Hadhari "Islam Agama Negara"

Bangi, 24 Oktober 2011 - Siri Forum Hadhari "Islam Agama Negara" telah berlangsung di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Forum ini telah dipengerusikan oleh Dr. Jasri Jamal, Felo Kanan Bersekutu Hadhari / Pensyarah Fakulti Undang-undang UKM. Manakala panel jemputan terdiri daripada Dr. Hj. Yusri Mohamad (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Tuan Hj. Muhammad Naser Disa (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami) dan Tuan Haji Abdullah Zaik Abd Rahman (Presiden, Ikatan Muslimin Malaysia).

Forum yang berlangsung selama dua jam ini telah dihadiri oleh ahli akademik, kakitangan dan para pelajar UKM serta Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain. Forum ini berakhir pada jam 4.30 petang.

  • Site Counter: 431,217