11 Rejab 1434|21 May 2013

Arkib Berita

1st Instrument Building Workshop: j-QAF

Research group AP-2012-005, Institute of Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia in collaboration with the Islamic Education Division, Ministry of Education, Malaysia has successfully organized 1st Instrument Building Workshop: j-QAF on 21 & 22 Rabiulakhir 1434 H equals 4 & 5 March 2013, at Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia. This workshop is part of the research activity for the study of the j-QAF Empowerment in the transformation of Malaysia's Islamic Education System: Implementation, Management, and Effectiveness.









Bengkel Pembinaan Instrumen 1: j-QAF


Kumpulan penyelidikan AP-2012-005, Institut Islam Hadhari, UKM dengan kerja sama Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia telah Berjaya menganjurkan Bengkel Pembinaan Instrumen 1: j-QAF pada 21 & 22 Rabiulakhir 1434 H bersamaan 4 & 5 Mac 2013, bertempat di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel ini merupakan sebahagian daripada aktiviti penyelidikan bagi kajian Pemerkasaan j-QAF dalam transformasi Sistem Pendidikan Islam Malaysia: Pelaksanaan, Pengurusan dan Keberkesanan.









4th UKM-Kyoto University International Symposium 2013 (ISIMCAS 2013)

Institut Islam Hadhari, UKM has organized 4th UKM-Kyoto University International Symposium 2013 (ISIMCAS 2013) with the theme Islam, civilization and science. This symposium was jointly organized by Center For Islamic Area Studies, Kyoto University, Japan, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA) and Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM). This symposium was held for two days (8-9 Rabiulakhir 1434H equivalents 19 to 20 February 2013) in Puri Pujangga, UKM and was officially opened by YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi (5th Prime Minister of Malaysia).

Keynote address of this symposium was delivered by Prof. Dr. KOSUGI Yasushi from the Center For Islamic Area Studies, Kyoto University, Japan with his topic "Islamic Civilization in a Global Perspective With Special Reference to the Japan's Modernization and Malaysia's Future". While the second keynote address was delivered by Assoc. Prof. Dr. Mat Rofa Ismail from Universiti Putra Malaysia with his topic "Epistemology, Mathematics and Science: A Paradigm Crisis in Education". For two days, a total of 58 papers were presented in this symposium.















Simposium Antarabangsa Ke 4 UKM-Kyoto Universiti 2013 (ISIMCAS 2013)

Institut Islam Hadhari, UKM telah menganjurkan Simposium Antarabangsa Ke 4 UKM-Kyoto Universiti 2013 (ISIMCAS 2013) dengan bertemakan Islam, peradaban dan sains. Simposium ini dianjurkan secara bersama dengan Center For Islamic Area Studies, Universiti Kyoto, Jepun, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Simposium ini telah berlangsung selama dua hari (8-9 Rabiulakhir 1434H bersamaan 19-20 Februari 2013) di Puri Pujangga UKM dan telah dirasmikan pembukaannya oleh YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Ke-5).

Ucaptama simposium ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. KOSUGI Yasushi dari Center For Islamic Area Studies, Universiti Kyoto, Jepun dengan topik beliau “Islamic Civilization in a Global Perspective With Special Reference to the Japan’s Modernization and Malaysia’s Future”. Manakala ucaptama kedua telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail dari Universiti Putra Malaysia dengan topik beliau “Epistemology, Mathematics and Science: A Paradigm Crisis in Education”. Selama dua hari sebanyak 58 kertas kerja telah dibentangkan dalam simposium ini.















Discussion with Adjunct Professor - Tun Abdul Hamid Mohamad

Institute of Islam Hadhari, UKM has organized Discussion with Adjunct Professor of Institut Islam Hadhari, Tun Abdul Hamid Mohamad, Former Chief Justice of The Federal Court on Thursday, 19 Rabiulawal 1434H equivalent to 31 January 2013, time 10.00 am, held in Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adjunct Professor of Institut Islam Hadhari, Tun Abdul Hamid Mohamad has discussed the topic: Harmonisation of civil and Shari'ah law in Islamic banking and finance in Malaysia.

Diskusi Bersama Profesor Adjung - Tun Abdul Hamid Mohamad

Institut Islam Hadhari, UKM telah menganjurkan Diskusi Bersama Profesor Adjung Institut Islam Hadhari, Tun Abdul Hamid Mohamad, Mantan Ketua Hakim Negara. Diskusi ini telah berlangsung pada 19 Rabiulawal 1434H bersamaan 31 Januari 2013 hari Khamis, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Profesor Adjung Institut Islam Hadhari, Tun Abdul Hamid Mohamad telah membincangkan topik: Pengharmonian undang-undang sivil dan shari'ah dalam perbankan dan kewangan Islam di Malaysia.

Congratulations - Award of honors

All members of Institute of Islam Hadhari, UKM congratulate Prof. Dato' Zakaria Stapa, Principal Fellow, Institute of Islam Hadhari, on the award of Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K), which carries the title of Dato' on Sunday, 27th of Dhul-Hijjah 1433H equivalent to 11 November 2012 in conjunction with the birthday celebrations of the sultan Kelantan, Sultan Muhammad V in Kota Bharu, Kelantan.

Ucapan Tahniah – Penganugerahan Darjah Kebesaran.

Seluruh warga Institut Islam Hadhari, UKM merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Zakaria Stapa, Felo Utama, Institut Islam Hadhari, di atas penganugerahan darjah kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato’ pada hari Ahad, 27 Zulhijah 1433H bersamaan 11 November 2012 bersempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan daripada Sultan Muhammad V di Kota Bharu, Kelantan.

Bengkel Penulisan Artikel Scopus

Bengkel Penulisan Artikel Scopus telah diadakan pada 21 - 23 Disember 2011, bertempat di Avilion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini adalah anjuran bersama Institut Islam Hadhari, Kumpulan Islam & Masyarakat Semasa dan Kumpulan Ilmu Wahyu & Turath Islam. Antara objektif bengkel adalah untuk memurnikan artikel dan mengenal pasti jurnal-jurnal scopus serta sekaligus memenuhi KPI universiti dalam penerbitan scopus. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari ini telah dihadiri oleh ahli kumpulan penyelidikan, pegawai penyelidik sosial dan pembantu penyelidik.

  • Site Counter: 430,016