Penafian, Hakcipta, Dasar Privasi Dan Dasar Keselamatan
Penafian
Setiap maklumat yang terkandung di laman web Institut Islam Hadhari adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak Institut Islam Hadhari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak Institut Islam Hadhari berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengan maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak Institut Islam Hadhari tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan. Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. Pihak Institut Islam Hadhari tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan sebarang virus.
Hakcipta
Hakcipta © Institut Islam Hadhari
Semua aspek berkenaan laman web Institut Islam Hadhari - rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain - adalah hakcipta Institut Islam Hadhari dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya.
Dengan mengakses laman web Institut Islam Hadhari, anda bersetuju bahawa sebarang muat turun kandungan adalah untuk kegunan peribadi dan bukan komersil sahaja. Sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, tanpa kebenaran dari pihak Institut Islam Hadhari.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkenaan hakcipta laman web Institut Islam Hadhari, sila hubungi webmaster Institut Islam Hadhari.
Dasar Privasi
Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Dasar Keselamatan
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.