PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Latar Belakang

Penubuhan 

Pusat Pengurusan dan Pembangunan Mahasiswa (SISWA-UKM) serta Pusat Pengurusan PUSANIKA (PUSANIKA-UKM) telah digabungkan/distrukturkan semula menjadi Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) bermula pada 6 Ogos 2019.

HEP-UKM merupakan salah satu PTj di Universiti yang memberikan perkhidmatan secara langsung kepada pelajar-pelajar. Pusat perkhidmatan ini, secara umumnya berperanan dalam memastikan kemudahan dan perkhidmatan serta pengurusan juga pemantauan aktiviti untuk pelajar termasuk khidmat kaunseling, kebajikan, latihan dan kepimpinan, kesukarelawanan dan penerbitan. Di samping itu, pusat perkhidmatan ini turut berperanan sebagai penasihat, pemudahcara dan menguruskan soal-soal kebajikan pelajar keseluruhannya.

 

Visi 

Bertekad menjadi entiti yang dinamik dan cemerlang untuk mendukung hasrat UKM melahirkan graduan yang memahami aspirasi kebangsaan, kompeten dan berdayasaing inovasi dan menyumbang serta berbakti kepada Universiti, masyarakat dan Negara

 

Misi

Meneraju dan memimpin penghasilan graduan beraspirasi kebangsaan sesuai dengan matlamat UKM sebagai PENDAULAT AMANAH NEGARA

 

Matlamat

Melahirkan graduan UKM yang menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, kompetensi, dayasaing yang memenuhi keperluan Negara dan masyarakat sejagat