HEBAHAN TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN MARA BAGI PELAJAR PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TERPILIH BAGI TAHUN 2020

Sukacita dimaklumkan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2020).

Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM 2019, Matrikulasi /Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan Tahun 2020. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: https://www.mara.gov.my/
Tarikh permohonan : 13 April 2020 (Isnin) pukul 10.00 pagi hingga 4 Mei 2020 (Isnin) pukul 12.00 tengahari.

SYARAT PERMOHONAN

  • Mendapat CGPA > 2.50 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu serta lulus subjek Sejarah di peringkat SPM*.

SYARAT UMUM:

  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Melepasi syarat kelayakan SES yang ditetapkan oleh MARA dengan jumlah pendapatan bercukai ibubapa adalah tidak melebihi RM180,000 setahun.
  • Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).
  • Belum pernah menerima pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

FOKUS BIDANG UTAMA BAGI PROGRAM PINJAMAN PELAJARAN
Kejuruteraan & Persekitaran ,Pemasaran, Pengurusan & Perniagaan, Rekabentuk Kreatif, Teknologi Maklumat & Sains Komputer, Senibina Profesional, Perakaunan & Kewangan, Sains Perubatan, Food Security, Pengangkutan, Rekabentuk Kenderaan & Kejuruteraan.

Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon tidak perlu mencetak dan menghantar apa-apa dokumen kepada MARA sehinggalah dimaklumkan kelak.

Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-2613 2051 / 2059 / 2067 / 2069 / 2070 / 2106 mulai 13 April 2020 hingga 4 Mei 2020 (hari bekerja) dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau kemukakan pertanyaan melalui emel ke alamat tesp@mara.gov.my