Sesi Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia Bersama Naib Canselor Ke Hospital Pakar Kanak-kanak UKM

Sesi Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia Bersama Naib Canselor Ke Hospital Pakar Kanak-kanak UKM

Pada 10 Januari 2022, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM dan YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM telah mengadakan lawatan strategi bagi melihat pengoperasian semula HPKK UKM sebagai hospital merawat pesakit pediatrik.

HPKK UKM telah mula beroperasi semula sejak 5 Januari 2022 yang lalu secara berperingkat dengan pembukaan perkhidmatan pesakit luar melibatkan Klinik Pakar, Pusat Perkembangan Kanak-kanak, Rehabilitasi, Makmal Diagnostik, Farmasi, Makmal Pemeriksaan dan Radiologi.

Selain itu, ahli lawatan juga berkesempatan melawat fasiliti hotel yang terdapat di HPKK UKM yang boleh digunakan untuk pelanggan dari luar Lembah Klang yang mendapatkan perkhidmatan di HPKK UKM khususnya serta fasiliti kesihatan lain yang terdapat di Kampus Kuala Lumpur UKM.

Turut hadir semasa lawatan ini ialah YBhg. Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin,Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap, Pengarah HPKK UKM.

Semoga lawatan ini menyuntik semangat kepada seluruh warga HPKK untuk memberikan perkhidmatan rawatan yang terbaik kepada kanak-kanak di Malaysia.