Sesi Lawatan & Ramah Mesra Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)

Sesi Lawatan & Ramah Mesra YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada 19 November 2021, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM telah mengadakan lawatan ke HPKK UKM bagi meninjau fasiliti yang terdapat di HPKK UKM antaranya ruang International Patient Centre dan Wad Rawatan Intensif Pediatrik.

Selesai sesi lawatan, sesi ramah mesra di antara YBhg. Dato’ Mohamad bersama kakitangan HPKK UKM telah diadakan di Auditorium HPKK UKM. Kakitangan HPKK UKM telah diberikan peluang untuk berinteraksi bersama YBhg. Dato’ Mohamad dan antara pesanan yang diberikan oleh beliau kepada kakitangan HPKK UKM adalah berkaitan semangat kekitaan, kerjasama, adab menghormati ketua, integriti yang akan menjadi panduan dalam hala tuju HPKK UKM untuk menjadi sebuah hospital termaju yang setanding dengan negara maju yang lain.

Sesi ini turut disertai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro-Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), YBhg. Prof. Datuk. Dr. A Rahman A Jamal, Mantan Pro-Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ismail Sagap, Pengarah HPKK UKM dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Kehadiran YBhg. Dato’ Mohamad merupakan suatu penghargaan kepada HPKK UKM dan jutaan terima kasih diucapkan atas keprihatinan dan iltizam YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Mohamad Abd Razak buat warga HPKK UKM.