Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UKM Dan Nexus Analytics Sdn. Bhd.

2018-04-05T01:47:56+00:00

Pada 4 April 2018 bertempat di Dewan Persidangan CRIM, suatu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UKM dan Nexus Analytics Sdn Bhd telah berlangsung dengan jayanya. MoU ini merupakan kerjasama yang melibatkan perkara berkaitan perkhidmatan analisis, latihan, seminar atau bengkel di antara kedua belah pihak.

Pada majlis itu juga i-CRIM telah melancarkan Instrumentation Handbook bertemakan Making an Impact for Your Research. Buku ini memaparkan fungsi, aplikasi, keperluan sampel dan keputusan lazim instrument berkaitan yang terdapat di Makmal Berpusat i-CRIM.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini secara digital (e-book). Boleh isi maklumat di pautan di bawah. Pihak kami akan menghantar e-book tersebut  secara emel kepada anda dalam masa yang akan diberitahu kelak. Terima kasih

Tempahan E-book