Pusat-HEARS

 Transforming Lives with Hearing

WHD

Sertai ‘Webinar Hari Pendengaran Sedunia’ sempena Sambutan Hari Pendengaran Sedunia anjuran Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (Pusat-HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tajaan Yayasan Sime Darby!
 
Dengan membawakan tema ‘Pelihara pendengaran untuk mendengar sepanjang hayat!’, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti sesi ceramah, dialog, tayangan video, ‘fun quiz’, serta pengumuman pemenang bagi Pertandingan Melukis dan Pertandingan Mewarna. Turut hadir untuk raikan sambutan ini ialah Prof. Datuk Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni, dan Masyarakat), Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai perasmi dan tetamu kehormat, Dr. Hjh. Yatela Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sime Darby.
 
Ayuh sertai Pusat-HEARS pada 5 Mac 2022, hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari melalui Zoom di pautan https://bit.ly/webinar-hari-pendengaran-sedunia-2022 atau Facebook Live Pusat-HEARS. Ajak ramai-ramai ya!
Mari sertai Pertandingan Melukis sempena Hari Pendengaran Sedunia 2022 anjuran Pusat Telinga, Pendengaran, dan Pertuturan (Pusat-HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajaan Yayasan Sime Darby (YSD).
 
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dengan hadiah wang tunai untuk tiga pemenang dari setiap kategori. Maklumat dan syarat-syarat lanjut boleh didapati dari poster pertandingan, atau di pautan: https://shorturl.at/kwzSX.
 
Tarikh akhir untuk penghantaran karya adalah pada 21 Februari 2022.
 
Pelihara pendengaran untuk mendengar sepanjang hayat! ‘To hear for life, listen with care!’
Hasilkan video TikTok sempena Hari Pendengaran Sedunia 2022 anjuran Pusat Telinga, Pendengaran, dan Pertuturan (Pusat-HEARS), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan tajaan Yayasan Sime Darby (YSD) dan anda mungkin berpeluang untuk menang hadiah wang tunai sehingga RM350!
 

Dengan tema ‘Pelihara pendengaran untuk mendengar sepanjang hayat!’, serlahkan kreativiti anda untuk menghasilkan video TikTok yang berdurasi antara 30 hingga 45 saat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris melalui pautan:

Borang penyertaan.

Syarat-syarat lanjut (versi Bahasa Melayu)

Syarat-syarat lanjut (English version)

Pelihara pendengaran untuk mendengar sepanjang hayat! ‘To hear for life, listen with care!’

poster

trivia soal jawab

trivia fakta