Pusat-HEARS

 Transforming Lives with Hearing

Perkhidmatan Klinikal

Audiologi

Setiapa individu yang mempunyai kerisauan terhadap pendengaran akan disaring atau dinilai tahap pendengaran. Ujian pendengaran boleh dilaksanakan bagi semua tahap peringkat umur termasuk saringan pendengaran bagi bayi yang baru lahir. Bagi mana-mana individu yang mempunyai masalah pendengaran dan memerlukan alat bantu dengar atau implan koklea akan menjalani proses amplifikasi pendengaran. Bertujuan bagi membantu individu bermasalah pendengaran meningkat kualiti hidup dan pendengaran ke arah yang lebih baik. 

Hubungi En. Firdaus bagi tujuan temujanji di talian 011-56225415.

WP_20150312_10_32_35_Pro

Terapi Bahasa-Pertuturan (Auditory Verbal Training)

Terapi Pertuturan-Bahasa Khusus untuk Masalah Pendengaran

Individu yang telah disahkan memakai alat bantu pendengaran atau implan koklea perlu menjalani terapi untuk membolehkan perolehan bahasa lisan (bagi kanak-kanak) dan membaiki kemahiran mendengar dan komunikasi (bagi dewasa).
Terapis Pertuturan-Bahasa kami menggunakan kaedah auditori-verbal yang menekankan pendengaran supaya pertuturan lisan yang dihasilkan adalah jelas dan natural. Ia juga memudahkan kanak-kanak terutamanya, untuk mengikuti persekolahan bersama rakan-rakan mereka yang mendengar dan bertutur secara normal di aliran perdana.

Hubungi Dr. Basya untuk maklumat lanjut di talian 017-3083598 (9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja sahaja).