Bengkel Pembukuan Tesis Sains Sosial (CT2B) Siri 1/2018

PENDAHULUAN 
Sebagai gedung ilmu, penerbitan adalah salah satu core business institut. Oleh itu, Institut
Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia akan
menganjurkan Bengkel Penulisan Karya Ilmiah dari Tesis ke Buku (CT2B) Siri 1/2018.  Bengkel
ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penulisan berkualiti
dalam penghasilan penulisan ilmiah dan cara-cara untuk memindahkan tesis kepada buku.
Bengkel ini juga memberi panduan kepada peserta tentang prinsip kebolehterbitan dan
kebolehpasaran tesis ke buku. Para peserta turut didedahkan dengan teknik memindahkan tesis
kepada manuskrip yang sedia untuk diterbitkan.
Program ini akan dianjurkan bersama dengan Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM), sebuah
badan bukan kerajaan yang bergiat dalam aktiviti berteraskan akademik. Rakan strategik ini
mempunyai keupayaan dari segi kepakaran bidang. Kepakaran ini boleh dimanfaatkan dalam
konteks perwasitan manuskrip.

OBJEKTIF
Bengkel ini mempunyai tiga objektif :
a. Memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada bekas pelajar siswazah
IKMAS dan kakitangan akademik IKMAS/UKM tentang teknik penulisan berkualiti
dalam penghasilan penulisan ilmiah dan cara-cara untuk memindahkan tesis kepada
buku.
b. Mengenal pasti desertasi yang berpotensi untuk diterbitkan sebagai buku ilmiah.
c. Meningkatkan bilangan penerbitan yang berimpak tinggi dalam usaha mencapai sasaran
UKM bagi tahun 2018.

KEBERHASILAN PROGRAM CT2B
Di akhir program ini, peserta akan
 Memahami proses mentransformasikan tesis ke buku

 Melakukan proses transformasi secara dengan panduan ahli Sidang Editor CT2B
 Menghasilkan sejumlah buku penyelidikan untuk diterbitkan oleh UKM atau Penerbit
Tersohor.

PENGENDALIAN PROGRAM 
Bengkel ini akan diadakan sebanyak tiga tahap iaitu:

Tahap 1 CT2B (1)  Proses pembelajaran untuk
mentransformasi tesis ke buku
Bengkel CT2B Tahap 1
– 11 April 2018

Tahap 2 CT2B (2)  Pewasitan terbuka bersama

Penerbit UKM
 Bengkel CT2B 2018 Tahap 2
– 2 Julai, 2018

Tahap 3 CT2B (3)  Pemurnian manuskrip ke arah
penerbitan bersama sidang editor
 Bengkel CT2B- Tahap 3 oleh Sidang
Editor (CT2B)
– Ogos

BIODATA PENCERAMAH

Puan Zainab binti Kassim
Mantan Ketua Bahagian dan Pengarah Penerbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka

Mempunyai kelayakan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Universiti Malaya (1976) dan MA in Publishing, Loughborough University of Technology, UK (1991). Berpengalaman selama 20
tahun dalam bidang penerbitan, sebagai editor buku umum, buku kanak-kanak dan remaja, ensikolpedia, buku ilmiah; editor kanan, Ketua Bahagian dan Pengarah Penerbitan. Beliau juga
berpengalaman empat tahun dalam bidang pengembangan bahasa dan sastera, dan bidang penyelidikan sastera dan bahasa. Beliau pembimbing Bengkel Pemindahan  Desertasi kepada
Buku Ilmiah untuk Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu; Fakulti Perubatan UKM, Fakulti Pendidikan UKM, Universiti Teknologi Malaysia 2010-2013 dan
pembimbing bengkel penulisan untuk pensyarah IPG dan guru anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (2010-2013). Beliau pernah dilantik sebagai AJK  Persatuan Penerbit Buku Malaysia
(MABOPA)  dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) 2008-2010, AJK Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia  (MAPIM) 2008-2010, pakar runding penerbitan Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Trengganu (2010-2012), Panel Penilai Anugerah MAPIM (2008-2010); dan Anugerah Buku Terjemahan ITBN (2010-2012). Kini beliau memberi tumpuan
kepada khidmat runding berkaitan penerbitan.

Puan Zalila Bt. Sharif
Mantan Pengarah Dasar dan Penyelidikan
Dewan Bahasa dan Pustaka

Mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka pada Julai 1977 sebagai pegawai penyelidik dan kemudiannya sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Ketua Bahagian di beberapa bahagian. Beliau
telah bersara pada April 2011 sebagai Pengarah Dasar dan Penyelidikan Sastera. Mendapat Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Sains Politik) dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana
Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penerbitan buku, jurnal dan majalah iaitu dilantik sebagai editor, penulis dan
penterjemah. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai editor penerbitan buku daripada tesis. Beliau juga merupakan penyumbang bersama lapan buah buku kesusteraan tempatan dan
antarabangsa. Pernah bertugas sebagai ketua editor untuk Jurnal Tenggara, Journal of South East Asian Literature, Journal of Malay Literature, Perisa jurnal puisi Malaysia dan editor bersekutu
Dewan Sastera. Penglibatannya dalam bidang terjemahan telah diberi penghargaan “Pingat Pushkin” oleh Kerajaan Russia. Dalam bidang penyelidikan dan penulisan, telah menghasilkan
65 esei, rencana dan hasil penyelidikan yang dimuatkan dalam pelbagai buku, jurnal dan majalah. Beberapa eseinya telah memenangi Hadiah Sastera Negeri Sembilan. Beliau telah dianugerah pingat Ahli Setia Negeri Sembilan, Ahli Mangku Negara dan Kesateria Mangku Negara.